Salam Bertamu...

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

Hari Tua Ku..

Daisypath Happy Birthday tickers

Pengikut

Saturday, May 18, 2013

Japanese Cheese Cake...

Dah 2 kali aku buat kek ni..tk jemu rasanye, n aku bawa kat opis...hehhe saja try test sedap ke tak tekak dorang merasanye..tp not bad la dorang ckp..ok la tu kan...

aku dh tak ingt mana aku dpt resepinye...tq so much bg yg kongsi resepi kek ni...memang berbaloi n sedap bangat....

Gebuss...


Japanese Cheese Cake

Bahan-Bahan

Bahan A
5 Keping Chedder Cheese
200ml Susu Rendah Lemak (susu segar pun ok je)
100gm Mentega
(semua bahan dimasak sehingga cheese cair - ketepikan)

Bahan B
4 Biji Kuning Telur
1sdt Esen Vanilla
(pukul telur sehingga menjadi putih cream & masukkan esen vanilla)

Bahan C
110gm Tepung Gandum (ayak 4 kali)

Bahan D
4 Putih Telur
90gm Gula Castor
1sdt Krim Tartar
(pukul putih telur hingga berbuih, pastu masukkan gula sedikit demi sedikit
& kemudian masukkan krim tartar - teruskan memukul sehingga jadi meringue)

Cara-Cara

1. Campurkan bahan B dengan sedikit bahan C dan sedikit bahan A, gaul sebati...ulangi proses sehingga semua, bahan A, B dan C sebati
2. Masukkan Adunan ABC ke dalam D sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan kaedah kaup balik
3. Sediakan loyang bulat (aku pakai size 8 inci) griskan pakai mentega.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang diselangi dengan Blueberry Filling (tak buh pun takpe, tpi aku buh sedap bangat).
5. Menggunakan kaedah ' Ban Marie atau' Water Bath'. panaskan oven dulu dalam 10 minit,bakar dalam suhu 150'c guna api atas bawah dalam 15 minit, lepas 15 minit turunkan suhu ke 130'c pakai api bawah je. dalam masa 40 minit, sedap dahh....
6. Biarkan dulu dalam oven, bila dah sejuk sikit boleh kuarkan dr oven..sedap makan bila biarkan kek sejuk dalam 3 jam atau lebih,sebb kek akan mampat then boleh la di ngap...!!!

Hepi mencuba...!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment