Wahai Puteriku...
Keperawananmu mempersonakan permandangan
Menerbitkan keharuman bulan purnama
Nur kemanisan di wajahmu adalah panah yang berkilau
Pancuran madumu merencam sanubari
Kemanisannya menjadi santapan mulut
Melalui panahan mata langsung menikam sukma
Lunak bicaramu bak buluh perindu
Suluk dan susilamu yang gemalai
Umpama tiupan bayu
Wahai Puteriku...
Dengan keperawanan dan kegadisanmu
Kau bisa membinasakan isi alam
Fenomena alam yang fana penuh dengan fatamorgana
Ingatlah....
Lambang bunga lambang sementara
Ia bukan bunga yang akan layu
Kerana syurga segar di telapak kakimu
Buat puteri yang bakal menjadi ibu
Duhai Puteriku...
Muhasabah dirimu barang seketika
Selusuri jiwamu yang kontang
Kau dicipta sebagai selimut dan pengilap
Buat kaum Adam dan isi dunia
Kerana keperawananmu dan keanggunanmuakan pudar
Bersama pudarnya usiamu
Duhai Puteriku...
Dirimu umpama mutiara
Yang suci dan bersih
Maka selimutilah tubuhmu
Dengan melabis iman dan taqwa
Jangan kau tabarrujkan dirimu
Kerana ia bisa memudarkan seri dan keaslianmu
Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan ilahi.
Kerana sesungguhnya
Dirimu amat simbolik
Buat insan bernama lelaki
Siramilah jiwamu yang dahaga
Dengan zikrullah
Yang penuh keberkatan
Yang penuh keampunan
Yang melimpah dengan keredhaan
Agar Ar-Rahman mencernakan
Mahligai ummah yang harmonis
Taman dunia tidak kekal lama
Ibarat bunga kan layu akhirnya
Cintailah akhirat di sana
Kerana ianya abadi selamanya
Kerana Puteriku...
Lambang kesucian
Sesuci embun pagi
Ingatlah firdaus itu baqa'
Salsabila menyelusuri di bawahnya
Dengan kejernihan tiada bandingan
Penghilang dahaga
Penyejuk mata memandang
Janji Ar-Rahman pada Si Abror
Buat Puteriku...
Sedikit renungan
Muhasabah diri akan kekurangan
No comments:
Post a Comment