Salam Bertamu...

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

Hari Tua Ku..

Daisypath Happy Birthday tickers

Pengikut

Friday, February 19, 2010

Sifat Romantik Rasullah A.S...






Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. " Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga. "Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

Thursday, February 18, 2010

Dia hadir dalam hidupku..Alangkah bahagianya







Dulu aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.
Dan pada saat kekecewaan itu, Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.


Di kala aku gembira, ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.
Kekasihku Allah...

Wednesday, January 27, 2010

Jujur insafi kematian, reda hadapi kehilangan

Tangisi pemergian insan tersayang secara keterlaluan perlakuan orang jahiliah, haram HAMPIR sebahagian besar di antara kita pernah merasai kehilangan insan tersayang. Ada yang bersedia, ada tidak menduga, yang pasti tiada siapa gembira kerana pemergian mereka yang dikasihi adalah kepulangan yang hakiki dan tidak akan kembali ke dunia lagi. Kematian, iaitu berpisah nyawa daripada roh dan jasad adalah satu penghijrahan abadi dari alam dunia ke alam barzakh, iaitu satu penempatan yang dipenuhi dengan roh orang yang sudah meninggal dunia dan sedang menunggu untuk dibangkitkan semula dan berkumpul di Padang Mahsyar. Di situlah nanti perhitungan akan dilakukan untuk menentukan kehidupan yang kekal, yang tiada akhirnya lagi. Setiap Muslim perlu memahami bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti, malah setiap kejadian di muka bumi ini akan musnah apabila tiba masanya. Tidak ada apa yang kekal di dunia melainkan Yang Maha Pencipta kerana Dialah yang berkuasa atas segala-galanya. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya." Tangisan bukanlah luar biasa untuk menzahirkan kesedihan, malah itulah yang sedikit sebanyak meredakan kepiluan tetapi umat Islam tidak boleh meratapi kematian. Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya: "Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?" , Baginda menjawab: "Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat". Kemudian Rasulullah SAW menyambung: "Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq `alaih)." Sering kali apabila mengetahui mengenai sesuatu kematian, kita akan menziarahi keluarga si mati dan sudah tentulah kita mendoakan agar roh si mati dicucuri rahmat, keluarga dan kaum kerabatnya dilimpahi pahala yang berganda serta digantikan dukacita itu dengan sebaik-baik hiburan. Antara ucapan yang sering diucapkan ialah "mudah-mudahan Allah Taala membalas kepadamu dengan pahala yang berganda-ganda dan diperelokkan dukacita dengan sebaik-baik hiburan serta diampunkan akan si mati daripada keluarga kamu." Perlu diingatkan bahawa meratapi dan menangisi kematian secara keterlaluan seperti tidak meredai apa yang ditakdirkan Allah SWT adalah satu perlakuan orang jahiliah dan diharamkan dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Nabi SAW: "Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti berteriaknya orang jahiliah." (Riwayat Al-Imam Bukhari). Tidak sia-sia orang yang turut berkongsi duka dan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati kerana Allah SWT turut memberi ganjaran sama seperti orang yang sedang bersedih kerana kehilangan ahli keluarga. Yang lebih baik, dihadiahkan bacaan ayat Al-Quran dan Yasin serta tahlil kepada si mati semoga Allah mengurniakan rahmat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah." (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: "Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya." Yang masih hidup, kematian sepatutnya menjadi iktibar untuk a sentiasa beringat mengenai kehidupan yang sementara, cuma tiada apa yang dibanggakan dengan kehidupan dunia, sebaliknya ibadah dan takwa juga yang merencanakan kebahagiaan di akhirat sana. Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom

Hindari empat sifat pendorong perlakuan dosa, maksiat

TIDAK dinafikan bahawa manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Sebab itulah kita lihat pelbagai perlakuan kejahatan dan maksiat yang menjadi larangan Allah SWT terus menerus berlaku di sekeliling kita. Walaupun menurut al-Quran, sifat semula jadi manusia sememangnya lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsu, ia bukanlah alasan untuk membolehkan manusia berbuat dosa. Orang beriman wajib mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berjuang melawan hawa nafsu serta berusaha menghindari segala perbuatan dosa dan maksiat. Al-Quran banyak menjelaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat sentiasa dalam kemurkaan Allah dan akan ditimpa azab seksa Allah di akhirat nanti. Ini wajar kerana orang beriman tidak sepatutnya melakukan segala perlakuan yang menjadi larangan Allah SWT. Allah berfirman bermaksud: "Sesudah itu, sesungguhnya Kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) ar-Rahman, di antara mereka. Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api neraka itu. Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal di dalam neraka itu" (Maryam : 70-72). Menurut Imam al-Ghazali, berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu: Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan) Apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT. Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan) Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. Nabi Adam AS dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah iblis atau syaitan. Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan) Seperti tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya. Sifat-sifat Subu'iyyah (sifat kebuasan) Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya. Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera. Demikian halnya dengan dosa, jika tidak segera bertaubat kepada Allah, pasti ia akan merebak dan membahayakan keimanan serta keselamatan, bahkan akan menerima azab Allah di akhirat. Orang beriman sewajarnya sentiasa memperhatikan dan mematuhi setiap perintah dan larangan Allah SWT. Allah membekalkan manusia dengan akal yang dapat dipergunakan untuk menimbang dan memikirkan mana yang baik dan sebaliknya. Perlu diinsafi bahawa perkara dosa bukanlah suatu hal yang boleh dipandang ringan. Sebaliknya memerlukan kita sentiasa berwaspada dalam setiap tindak-tanduk kita, sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Jangan sampai apa yang dilakukan menjadi dosa dan maksiat yang akan menempah azab Allah di akhirat. Seluruh masa kehidupan dunia yang singkat ini sebenarnya kesempatan emas bagi manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin sebelum ajal menjemput. Janganlah seseorang berasa aman kerana terlepas hukuman di dunia lantaran berbuat dosa, kerana hukuman itu tetap menanti dan akan diterimanya di akhirat. Orang beriman sewajarnya menjadikan dunia yang sementara ini sebagai medan atau pentas untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala kelalaian serta perbuatan yang merugikan. Banyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah, persiapkan bekalan berupa amal salih kerana hanya amal dapat menyelamatkan manusia di padang mahsyar nanti. Allah berfirman bermaksud: "Ingatlah hari Kami himpunkan orang yang bertakwa untuk menghadap Allah ar-Rahman dengan berpasukan-pasukan. Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke neraka jahanam dalam keadaan dahaga. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal salih di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya" (Maryam :85-87).

Tuesday, January 19, 2010

MEMORI SABAH...

Aku ingtkan takde la acara panjat memanjat.. nk pegi jambatan gantung pun punya la kene daki dlm 15 minit penatnyer.. mak aii.. bermandi peluh.. huhuhu..
Time ni tunggu flight balik semenanjung tapi nasib la aku dapat check out on time klu tak memang aku kena tido sehari kat sabah... time tu pulak ic aku hilang.. hampeh tull... dok seronok shopping smpai ic pun aku tak terjaga... ntah mana peginyer puas aku carik...smpai sini pun aku dok mencari kot2 terselit.. tapi takde gak.. skrang ni ic hilang kene RM 110 kot... terbang duit aku.. sebagai peringatan supaya tak hilang lagi.. tapi sabah tetap dihati mcm nk pegi lagi.. tak puas rasanyer...
Snorkling... best giler.. tak penah aku buat seumur hidup.. tu la baru first time.. tapi seronok jugak.. smpai 2 pulau aku bersnorkling.. mcm2 aku tgk kat dalam laut tu..yang tak bestnyer tak dpt aku amik gambo ikan2 yg cantik2 dlm tu... rugi..rugi


Aku selalu gak dengor org sebut jambatan tamparuli ni... tapi tak penah aku bayangkan cmner rupanyer... yang aku tahu cam jambatan gantung yg biasa aku tgk.. tapi memang betul pun.. hehehe..tapi ni lain sikit laa..





Macam2 makanan aku jumpa kat sabah ni.. aku makan kat pasar Filiphine .. tapi boleh tahan gak makanan kat sini terutama time makan makanan laut... memang meriah sgt... udang besor2 dan murah sgt.. smpai kitaorang tak abis makan.. puas memang puas.. makanan pagi kat situ mcm2.. dorang masak mee goreng yang aku sangka kan maggi goreng.. punya la banyak dalam satu pinggan, sampai 3 org makan pun boleh.. tapi yg aku pelik makan dengan sup.. sedap tu jgn ckp la memang sedap sgt.. sup die pun sedap jugak... tapi byk sgt tak abis aku nk makan.. sebab ade gak kuih2 yg kitaorg beli... lebih kurang makanan kat sini cuma ada beza sikit la...
Murtabak kat sabah ni memang sedap.. banyak letak sayur kobis... yummm....yummmm







Pulau Manukan & Pulau Sapi kenangan yang tak dapat dilupakan....cantikkkk... sgt...