Salam Bertamu...

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

Hari Tua Ku..

Daisypath Happy Birthday tickers

Pengikut

Wednesday, August 13, 2014

InSaN...

Assalammualaikum... WBT Sudah agak lama aku tidak mencatatkan apa2 dlm blog ni.. dengan kenkangan masa mengabdikan diri dengan bekerja dan kehidupan seharian.. kdg2 terasa rindu untuk menaip tp manusia beribu alasan dicari sedangkan masa tidak menunggu kita lah yg sepatutnya mengejar masa. Sudah beberapa hari.. agak kelewatan pulang ke rumah.. kesibukan kerja memaksa aku sentiasa pulang lewat, memenuhi kehendak org yg lebih tinggi pangkatnya... kita sebagai mentimun ape lah daya melainkan berkhidmat untuk org lain..sejumlah upah tidak lah sama dengan kepenatan yang di bebani, tapi klu kerja kerana Allah pasti upah yang dapat membawa berkat. Hari ini, malam ini dan disaat ini, hatiku menjadi sayu... sayu dengan bermacam rasa yang mungkin org lain tidak merasakannyer... sudah agak lama rasa sayu ini tidak mendatangi hidupku.., kenapakah tiba2 saja perasan sayu ini menjelma bagaikan menikam diri, mungkinkah hati rasa tersentuh dan amat tersentuh dengan lontaran suara yg mengguris hati dan menikam kalbu, sudah lama tk merasakannya. lantas hati ini, terus melontarkan dan merembeskan segumpal linangan bertakung lalu menjadi setitis air mata yg lama tidak membasahi pipi... makin lama makin deras,,, hati bagai berombak mengikut aliran lajunyer air itu. Bila hati menikam kalbu yg membawa titisnya air mata itu, hatikah? atau fikirankah? yang terus menjelma seraut wajah yang amat aku rindui.. bagaikan lagu rindu serindu rindunya. tertusuk rasa hati bila terbayangkan wajah itu terus menjelma di hadapan mata. wajah yg kaku tidak bersuara. tidak akan berkata walau satu huruf. walaupun aku menginginkan dan aku mengharapkannya. Wajah itu hanya terbayang tanpa suara hanya rupa menjadi pengubat rindu walaupun tiada sekeping potret yang ada digenggaman. moga ku harap bayangan wajah itu sentiasa diingatan sehingga titik akhir nafasku. Wajah itu... yg dulu amat ku harapkan menjadi teman sehidup dan sematiku...tiada penah sekelumit kata yg pahit kau lontarkan padaku sehingga dpt aku berkecil hati, wajah tenangmu, tingkah lakumu penuh tertibnya, sikapmu terlalu lembut walaupun aku tidak terlepas dgn melontarkan kata-kata yg kdg2 boleh mengguris hatimu. tapi dengan senyuman yg mampu kau balas. mana bisa aku melupakan setiap gerak gerimu...mana bisa aku dpt membuangmu terus dari dalam hatiku. tapi wajah dan susukmu itu hanya tinggal kenangan buat diriku di kala rindu. Wajah itu.. yg dulu tidak aku jangkakan dpt bersua atau bertentang mata. hadirnya tidak diundang.. perginya tanpa pesanan, tp kuasa tuhan maha pencipta sekelian alam.. kita hanya pinjaman tiada yg kekal abadi di duniawi. perhubungan yg suci, niat yg murni terlerai dengan pantasnya. tanpa merasa yg masa panjang menjadi singkat dan masa singkat itu menjadi panjang. Kdg2 terasa masa yg singkat itu terlalu membazir dengan perkara yg tidak sepatutnya... dan masa yg panjang itu terlalu berharga untuk dinikmati. betullah seperenggan kata " kdg2 apa yang dirancang tidak semua menjadi kenyataan" kita manusia hanya dapat merancang tp Allah yg menentukan.tp kita masih boleh berdoa meminta ape yg kita inginkan dengan rasa kesungguhan. Moga Allah perkenankan dan memudahkan. Moga Allah terus memberikan aku kekuatan untuk aku melalui hidup ini tanpa dirimu. sudah 8 tahun berlalu... dirimu tak mungkin aku lupakan. tarikh lahirnya dirimu ke dunia dan tarikh itu jua pemergianmu di alam barzah sana. walaupun tiada diriku di sisimu di saat2 akhir nafasmu.. tp dpt aku bayangkan diriku ketika itu jika aku disisimu... mngkin ada hikmahnya tiada aku di sisimu, kerana tak mungkin aku dpt melepaskan kau pergi mengadap ilahi.. tapi siapa lah aku hndak melawan takdir yg telah tertulis. dirimu hanya pinjaman. sehingga ke saat ini, aku masih mennti org sepertimu jika di takdirkan.. tiada mungkin yg pertama akan menjadi yg kedua...tapi aku masih berusaha. Duhai wajah hati, hanya kenangan dngnmu sahaja menjadi pengubat rindu.. ku panjatkan doa2 agar kau tenang dirimu di sana, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu.. dan menempatkan dirimu di kalangan org2 yg beriman. kenangan dgnmu sentiasa di dalam ingatan dan ku simpan jauh dilubuk hatiku. mungkin tiada ssiapa yg dpt menggantikan dirimu. Dalam Kenangan Rodzman bin Saman 21 Okt 1973 - 21 Okt 2006